Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BAIT
 

 


[  UTAMA  ]   [  VISI DAN MISI  ]   [  ORGANISASI  ]   [  AKTIVITI  ]   [  GALERI  ]

SEJARAH SEKOLAH

 

Text Box: Sekolah ini terletak di pulau Bait di sebelah timur laut daerah Semporna, kira-kira 30 minit perjalanan dengan menggunakan bot iaitu sejauh 30km dari pekan Semporna. 

Dibuka pada tahun 1954 di kawasan seluas 5.7 ekar SK Pulau Bait adalah salah satu sekolah terawal yang terdapat di daerah ini. Sewaktu awal penubuhannya seramai 3 orang guru dan 36 orang murid telah memulakan sessi persekolahannya yang pertama. 
Sewaktu awal penubuhannya, murid-murid sekolah ini datangnya dari pulau-pulau yang berdekatan dengan pulau Bait iaitu pulau Pebabag, Pulau Larapan, Pulau Tanduan dan dari kampong-kampong di tanah besar yang berdekatan dengan pulau Bait iaitu Kampong Tg. Kapor dan Kg. Sg. Tuhuk. Mereka adalah 100% berketurunan Bajau. Setelah sekian lama, murid-murid sekolah ini hanya datang dari kampung yang berada di pulau ini iaitu Kampong Bait, Kampong Limau-limau dan Kampong Melanta.